Thursday, July 25, 2013

Sunday, July 21, 2013

Usahawan Muslim Mampu !!! Ayuh Luaskan Jajahan Mu !!!

Konvensyen Usahawan Muslim

Berniaga Tanpa Ilmu Ibarat Menempah Kegagalan, Berguru dengan Guru yang Salah Ibarat Menuju Kepincangan....

Sejak dari Zaman Rasulullah S.A.W, Islam terkenal dengan Ramai Tokoh Usahawan yang Berjaya... Di antaranya Rasulullah S.A.W sendiri dan Juga Saidina Abdul Rahman Bin Auf... Ketokohan Mereka Menjadi Sebutan dari dulu Hingga Sekarang.. Islam bukan lah penghalang Untuk Menempah Kejayaan dalam perniagaan. Di dalam ekonomi zaman sekarang di mana perniagaan konvensional ciptaan Barat Menjadi Keutamaan!!! Membuatkan Sistem Ekonomi Islam semakin terpinggir !!!

Tokoh Perniagaan Islam Malaysia di Zaman Moden ini berjaya membuktikan Perniagaan Modul Islam adalah yang Terbaik... Malahan Menyatakan BISNES SEBAGAI FARDU KIFAYAH !!!

Usaha Mengadakan Konvensyen Usahawan Muslim adalah satu langkah yang terpuji... Agar dapat melahirkan generasi mengangkat Islam di Mata Dunia melalui Perniagaan...

Oleh itu, Ayuh Muslimin dan Muslimat !!! Tingkatkan Ilmu Perniagaan Anda, Sertai Konvensyen Usahawan Islam untuk mengetahui cara-cara Perniagaan Islam di Zahirkan.. Sila ke laman web dibawah Untuk mengetahui Maklumat Lanjut: -

Konvensyen Usahawan Muslim

Speaker

Aturcara Program

Peta Lokasi

Wednesday, July 17, 2013

Ngeri !!! Tangan Hancur Akibat BerMain Mercun Buatan Sendiri !!!

Puasa Baru Bermula, Dah Ada Yang Terkena !!!

Dah Tahu Kenapa Mahu,
Dah Terkena Baru Malu !!!

Dah kata Jangan Di Nyala,
Dah Meletup, tak dapat nak dikatup !!

Wahai Sanak & Saudara,
Yang Tua,
Tegur-tegurkan,
Yang Muda,
Hati dan Nafsu jangan Ikutkan......

MasterJhee :Biarlah Ibadah Ramadhan Kali ini sempurna. Tak main mercun pun meriah jugak... Pokok pangkalnya...Meriah pun nafsu jugak... kalau berlebih... binasa juga... Salam !!!

Pasangan Kontroversi AL"VAVI" Minta Maaf !!! Selepas Islam Di Hina !!! Lagi ???

Sudah Tahu, Sudah Jelas, Kamu duduk Di Malaysia... Kenapa Cuba Bermain API !!! Siap ada Logo Halal Lagi... Ini Memang Jelas Percubaan untuk Membangkitkan Kemarahan Umat Islam.. DI BULAN RAMADHAN Pulak Tu....Ini Bukan Tak Sengaja... Ini Mengada-ngada !!!!

Untuk Makluman pembaca Semua, pasangan AL VAVI nih mohon maaf mengenai Gambar berbuka Puasa!
Tahukah anda siapa Mereka Sebenarnya...

MEREKA IALAH PELAKON PORNO AMATUR MALAYSIA !!
MEREKA MERAKAMKAN AKSI SEKS MEREKA DAN DENGAN BANGGANYA MENAYANGKAN KEPADA UMUM !!!

Ini Sedikit Sahaja Gambar Mereka yang MasterJhee Cari di Google.. Tak Sanggup nak ambil banyak2... Blog ni bukan blog Porno !!! Kang Bagi Iklan pulak kat pasangan AL VAVI nih......

MasterJhee : Penghinaan demi Penghinaan Kita Terima... Tolonglah... Tindakan tegas Diperlukan... Jangan Sampai ada yang bertindak Ganas, Baru terkedek-kedek nak cari jalan penyelesaian!!! Enough Is Enough!!

Tuesday, July 9, 2013

Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel

Terma & Syarat Penyertaan :
• Bina satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"
• Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.
• Update blog setiap hari.
• Menggunakan bahasa yang mudah difahami (Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist)
• Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.
• Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.
• Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen entri ini sebelum atau pada 9 Julai 2013, 11:59PM

**Sila fahami Terma & Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.**

Anda hanya perlu 'COPY' & 'PASTE' kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.

*SILA COPY CODING INI*

<hurufbesar>P</hurufbesar>encarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel | Salam Jumaat semua.. Hari ni Mieza nak lancarkan satu segmen pendek untuk mencari bloglist baru sempena Ramadhan yang bakal tiba lagi beberapa hari ni.

Terma & Syarat Penyertaan :

Bina satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"

Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.

Update blog setiap hari.

Menggunakan bahasa yang mudah difahami (Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist)

Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.

Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.

Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen entri ini sebelum atau pada 9 Julai 2013, 11:59PM

**Sila fahami Terma & Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.**

Anda hanya perlu 'COPY' & 'PASTE' kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.

*PASTE CODING DI ATAS KE RUANGAN HTML ENTRI ANDA SEPERTI DI BAWAH*

Monday, July 8, 2013

Salam Anakku, Salam Ibuku....

Salam Anakku, Salam Ibuku…..

Salam, Selamat datang sayangku,
Eh, apa yang awak tangis kan,
Teriak mu bagai hilang sesuatu,
Jangan ngeri kerana ibumu ada di sisi..
Bukan.. Bukan itu sebab tangisku..
Mengapa jiwaku, kenapa?
Oh, Janji ku bersama Ilahi..
Mana Perginya…
Kemana hilangnya..

Wahai sayangku,
Inilah jawatan yang kami terima,
Menatang kamu bersama ilmu Ilahi,
Memberi telunjuk jika kelu,
Menyangga bahu jika longlai..

Wahai intanku,
Jalan mu bertongkat kan tanganku,
Makan mu bersulamkan jari ku,
Kesihatan mu, keceriaan ku,
Tsunami jiwa membadai jika diri mu dirundung malang..

Wahai anakku…
Janji mu bersama Ilahi akan ku arahkan,
Akan ku pimpin tangan mu agar dapat menggenggam kembali Ingatan itu,
Walaubagaimanapun, Ibu mu jua Hamba kepada yang Esa,
Mempunyai Janji sendiri bersama Ilahi…

Sayangku,
Salam terakhir ku titipkan,
Tidak dapat lagi Ibu menjadi tongkat mu,
Perjanjian kita bersama Ilahi lain caranya,
Telah sampai Malaikat Maut menjemput ku,
Mendengarkan sedikit khabar dari alam menuju ke syurga..
Itu semua ketentuan Nya, Perjanjian yang telah lama dimeterai bersama Yang Agung…
SALAM, selamat tinggal Sayangku…..

Mak,
Aku sengsara bila tangan mu terlepas,
Aku jatuh bila rantai yang mengikat kita terputus,
Tiba-tiba aku menjadi orang asing di dalam rumpun ku sendiri,
Bagai terdampar di tengah lautan di atas sebuah kapal yang usang,
Hanya bertemankan isteri dan anak anak tersayang,

Akhirnya aku redha,
Walaupun gegak gempita jiwa ini hendak melepaskan Mu,
Aku redha kerana penderitaan Mu telah berakhir,
Aku kagum dengan perjuangan, Masih bimbang dengan anak anak mu,
Walaupun disaat nyawa di hujung tanduk,

Mak,
Terima Kasih diatas segalanya,
Terima Kasih….
Salam… Selamat Tinggal Jiwa ku…..

MasterJhee
6 Disember 2010

Pejuang Keluarga – Realiti hidupku

Pejuang Keluarga – Realiti hidupku

Hujan, ribut, petir, taufan dan tsunami,
Semuanya singgah membadai,
Tidak cukupkah jerih dan payah yang aku tempuhi?
Dugaan apakah lagi yang harus aku tanggungi?

Penat kaki aku mendaki,
Penat juga jasad aku bangkit dari cubaan,
Lolongan kasih dan tongkat yang diperlukan tidak aku temui,
Malahan kasih yang ku tagih dicerca dan tongkat yang kuminta membalun jasad aku kembali.
Eh.. Jalan mana yang harus aku tuju…
Kanan beban, kiri pun beban, atas menghina, bawah pula mencaci…
Jiwa ini parah berdarah-darah, siapakah yang sudi mebaluti luka ini?

Apakah aku korban alam dunia ini? Beritahu aku? Iya kah?
Ini bukan kisah cinta, tapi ini realiti hidup pejuang keluarga,
Mencari tapak untuk berkeluarga, menyara hidup demi isteri dan anak-anak,
Dinilai hina bila bergantung seketika, di pandang sebelah mata bila mampu sesaat.

Eh.. lupakah aku, siapa yang berebut-rebut memegang aku itu..
Ya… Dia… Kasihku,
Mereka… Anak anak ku…
Tahanlah aku isteriku, peganglah papa anak-anakku,
Supaya papa tidak terus jatuh terjerumus sebelum sempat papa membahagiakan kamu semua…

MasterJhee
22hb Mac 2010

"GHAIB" Game Syariah Compliant - Syarat Utama Bermain ialah Pandai Baca Al-Quran !!!

GHAIB - GAME CIPTAAN RAKAN DARI SEBERANG!!!

Anda Boleh Baca Al-Quran???

Bacaan Anda Mempunyai Sebutan yang Betul?

Tajwid anda Sempurna?

Jika Ya !!!

Anda Boleh Download di Sini GHAIB.....

Review Game Ghaib!!!

MasterJhee : Objektif Game ni nampak menarik di mana kita perlu mahir dalam membaca Al-Quran. untuk Menghabiskan setiap level, para pemain harus mengetahui beberapa Surah Al-Quran.... Genius untuk pencipta Game ini... Takkan nak cipta game yang mengkhayalkan aje.... Kan!!!!

Sunday, July 7, 2013

Keputusan Pemenang DIGI WWWOW Awards 2013

Senarai Keputusan DIGI WWWOW Awards 2013

Blogger of The Year : Irine Marcello
Shorty Blogger of The Year : Justin Tan Wei Jin
Fave Entertainment Blog : Mohd Idris
Fave Tech Head : Arif Ishak
Online Shop of The Year : Arthur Loh Dien Lun
Fave Video of The Year : Mat Luthfi

Most Inspiring Internet for Good Award : Heidy Quah
Top Online Over-Achiever Under 16 : Ruth Kezia Hope a/p Muthu
App of The Year : AMOK
Photostory of The Year : Ronan Tan
Breakthrough Youtube Star : Amrita Soon

Social Media Gathering of The Year : Cyril Dason (TweetUp Kuching 2012)
Fave Makan Makan Expert : Teo Chee Seng
People’s Choice Award : MyHazman.com
Best of The Best : Mat Luthfi

MasterJhee : Untuk berada dalam Top 50 adalah satu pencapaian yang terbaik bagi MasterJhee... Tahniah kepada Semua Pemenang.... Congratulation!!!

Saturday, July 6, 2013

Nafsu Jika Rakus Seperti "LEMBU" Boleh Mendatangkan Ajal !!! Lihat Video Ini!!!

Apa Jadi Dengan Lembu Ni??

Bila Nafsu dah tak kenal malu, beginilah jadinya... Hehehe.. Tapi ini LEMBU.... kan dah terkenal dek kebodohannya...Terbantut Nafsu Si Hitam dan Si Coklat!

TAPI ITU LEMBU, Macamana pula dengan Manusia? Orang Kita? Melayu? Islam?

MasterJhee : Dalam google, berlambak gambar yang lebih teruk yang MasterJhee Jumpa.. Rakus betul orang zaman Sekarang... Kat Tangga, Tepi Taman, Dalam hutan... Semua Jadi.... Hakikatnya, Kita sudah Alpa, Lalai dan taksub dengan Duniawi.... Jika Lembu tadi Di langgar Kereta dan Mati.... tiada apa yang di HISAB... Bagaimana Pula Dengan Kita... Tatkala Nafas Terhenti, NAFSU Berlalu Pergi, Tinggal Kita Sendiri, Melutut Di Hadapan ILLAHI!!!

Maher Zain - Ramadhan Dalam 3 Bahasa (Melayu, Inggeris & Arab)

Ramadhan

Abang Polis Serbu Maher Zain Suatu Ketika Dahulu.....

Versi Bahasa Melayu

Versi Bahasa Inggeris

Versi Bahasa Arab

MasterJhee: Satu video klip... 3 bahasa... Jimat Sungguh.. Buat apa sahaja asalkan niat yang baik.. InsyaAllah akan diberkati... Salute Maher Zain !!!!

Thursday, July 4, 2013

WANITA BERNAMA ADLIN - Isu Hina Islam Lagi !!!

Maaf, Sebenarnya, Jika boleh, MasterJhee tidak Mahu Menyebarkan peribadi orang Di dalam Internet. Tetapi, Ini mengenai akidah Seseorang dan juga Pengaruh Pada Masyarakat. MasterJhee Mendapat maklumat ini Melalui FB... Memula taknak Layan... Tapi bila Baca FB Minah ni... Rasa nak marah pun ada.... Rasa Kecewa pun Ada.... Kenyataan di bawah MasterJhee Ambil dari FB Wanita Ini Sendiri:-

"Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayangku! Bangun pagi jangan nak harap tonggek 2 rakaat jer! Orang yang rajin bangun untuk menonggek 2 rakaat tak gerenti sihat. Kalau nak betul-betul sihat, bangun pagi toksah jaga hati si dewa bulan Arab                           si Allah swt tuh. Lebih elok berlatih berlari pantas untuk melintasi titian siratul mustaqim. Ini buktinya makcik boleh lari dan melintas lebih pantas dari                                         si Muhammad!

Yang Kosong diatas tu, MasterJhee tak sanggup nak kongsi... Berderau darah.....

Untuk Bertindak Adil, Mungkin Profil Ini digunakan oleh orang Lain dengan Tujuan untuk menghina atau menjatuhkan maruah Wanita Ini.

Klik Gambar untuk Ke FB Minah Ni!!!

Oleh Itu, MasterJhee berharap, sesiapa yang Melakukannya, Insaf la.... Untuk Pihak Berwajib, Bertindak lah, Bertindak lah dengan Tegas... Jangan Biarkan Isu ini terus berlalu seperti Angin.... Jangan Bila dah kronik, baru ada tindakan.. Ini bukan perkara yang Boleh dibiarkan hilang jadi bualan dan cerita kedai kopi... Percaya lah, Jika tiada tindakan, ada pihak yang akan membuat tindakan sendiri.... Pada masa itu, Keamanan yang kita kecapi akan menjadi API memamah rakus pertalian sesama Insan....

MasterJhee : I Luv Islam and I Luv Malaysia !!! Jangan Semai Perasaan Benci antara satu sama Lain... Jika Benar Wanita ini lakukan, cari penyelesaian yang membantu ke arah jalan yang Lurus......

Wednesday, July 3, 2013

Sapaan Kasih Ramadhan !!!

SAPAAN KASIH RAMADHAN

Yang dulu sudah kah aku Selesaikan,
Hingga Kasih Yang Tiba bagai tak diduga,
Mencari Insan yang Setia untuk Dambaan,
Supaya akhirnya di Usap Syurga...

Ku harap Belaian kali Ini Diberkati,
Agar Dosa diganti dengan Pahala,
Mengisi hati yang hampir Mati,
Mengusir noda Hitam yang Bermaharajalela...

Wahai Tuhan,
Ramadhan Ini aku Serahkan,
Ibadat dan Doaku untuk Mu Nilaikan,
Agar SyurgaMu dapat ku Tawan...

Selamat Datang Ramadhan,
Sudi lagi kita ketemuan,
Tanda kasih Maha Pencipta buat Insan,
Memberi Peluang agar tiada Sesalan....

Nukilan : MasterJhee

Tuesday, July 2, 2013

Zikir Menari Di Malaysia !!! Amalan, Warisan, Tuntutan atau Olahan?

tasbih

Zikir Menari Di Malaysia (Klip Diatas) !!! Amalan, Warisan, Tuntutan atau Olahan?

Zikir ini Kelihatan Seperti Melakukan Senaman daripada Menari (Video Pertama)... Adakah Ia Amalan dalam Islam Selama Ini? Atau Warisan yang diturunkan dari generasi terdahulu? Adakah Ia Tuntutan Islam Itu Sendiri? Dan Adakah Ia Olahan Dari Alim Ulama???...

Pokok Pangkalnya, Adakah ZIKIR SECARA INI DIBENARKAN mengikut Syariat Islam...

Jika dibenarkan, pihak yang bertanggungjawab PERLU MEMBERI PENJELASAN supaya mereka yang kurang arif memahaminya... Bukan Semua arif mempunyai Ilmu yang Cukup... Malahan masih mempelajari Islam secara Total...

Jika Di HARAMKAN.... Ambil lah tindakan Sewajarnya... Dan yang Penting... Beri PENJELASAN mengapa Ia tidak dibenarkan.... Beri Pencerahan untuk Semua Rakyat Marhaen Supaya perkara yang tidak Baik terus dijadikan Sempadan....

MasterJhee: Amalan yang tidak biasa dilihat sering dianggap Sesat... Walaubagaimanapun, Jika Ia Benar2 salah dari segi syariat Islam, Ambil lah tindakan... Benteng kan Warisan kita dengan Ilmu Sekarang, Supaya yang di depan merasa kemanisan Ilmu Terdahulu.......

Monday, July 1, 2013

RM 50 - Besar atau Kecil bagi Anda? Perasan Atau Tidak???

PERASAN TAK?

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma Masjid, tapi begitu Kecil bila dibawa ke Shopping Mall dan Seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?

30 Minit terasa begitu Lama untuk BerZikir, tetapi begitu pendek untuk menonton Drama-drama di Televisyen...

PERASAN TAK?

Betapa Lamanya 2 jam berada di Masjid, tetapi betapa cepatnya 2 Jam ketika menonton Wayang di  panggung...

PERASAN TAK?

Susah Sungguh merangkai Kata untuk dipanjatkan Doa ketika Solat, tapi betapa mudahnya cari Bahan bersembang Bila bertemu kawan-Kawan...

PERASAN TAK?

Betapa Seronoknya mendengar Laungan dan Teriakan yang berpanjangan sewaktu Perlawanan BolaSepak, Tapi betapa bosannya bila Imam Solat Terawih Terlalu Lama dan Panjang di Bulan Ramadhan...

PERASAN TAK?

Orang Berebut depan untuk Menonton bola dan Konsert, Tapi Berebut SAF paling belakang bila Solat Jumaat Supaya Boleh Keluar Cepat...

Ada 3 Perkara dalam hidup yang tak boleh Kembali:-
1. Waktu
2.Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Perkara yang dapat Menghancurkan Hidup Seseorang:-
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Perkara yang tidak boleh Hilang:-
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. kejujuran

Ada 3 Perkara yang paling Berharga:-
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Perkara dalam hidup yang Tidak pernah Pasti:-
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Perkara yang membentuk Watak Seseorang:-
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja Keras

Ada 3 Perkara yang Membuat kita Sukses
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Perkara yang Kita Tidak Tahu:-
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

Tapi ada 3 Perkara Yang dalam Hidup Kita Pasti !!!

1. TUA

2. SAKIT

3. KEMATIAN

MasterJhee ; Hmmmm.... Muhasabah diri supaya dapat membawa generasi yang hadapan terus ke depan tanpa hilang arah tujuan dan tebal keimanan....

Cara Mudah Khatam Al-Quran di Bulan RAMADHAN !!!

Al-Quran terdiri daripada hampir 600 mukasurat..

Jika dibahagi dalam 30 hari menjadi 20 mukasurat setiap hari

Memang kalau dilihat agak sukar, tetapi jika dibahagi dalam tiap solat fardhu akan jadi mudah..

Caranya, baca 4 mukasurat selepas solat fardhu

Jika dilakukan setiap hari Insyaallah dapat khatam diakhir bulan Ramadhan... Mudah Bukan....

Pahala membaca Al-Quran di bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan ini kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa dengan ihtisaban seperti dalam sabdanya, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuhi keimanan dan ihtisaban, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Ihtisaban maksudnya penuh perhitungan. Berhitung seperti seorang pedagang menghitung berapa keuntungan yang ingin diperoleh dari dagangannya. Kenapa Rasulullah SAW meminta kita berhitung dalam berpuasa di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan bulan mega bonus!

Kita tentu sudah tahu bahawa membaca Al-Qur’an satu huruf akan diberi pahala oleh Allah SWT . Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an, maka ia mendapatkan satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.”

Kita boleh menggunakan hadis shahih yang diriwayatkan Imam Muslim ini:

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.”Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan, “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali ganda banyaknya.”

Jadi, ketika membaca ayat pertama surat Al-Baqarah yang terdiri dari 3 huruf, iaitu alif lam mim, kita punya potensi mendapat puasa antara 3 x 10 = 30 sehingga 3 x 700 = 2.100.

Menurut penelitian Imam an-Nasafi yang dicatatkan dalam kitab Majmu Al-Ulum Wa Mathli’u An-NujumAl-Futuhuat Al-Ilahiyah, Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6.236 ayat, dan 1.027.000 huruf. Jadi, jika berjaya mengkhatamkan membaca Al-Qur’an sekali sahaja, kita akan dapat pahala sebanyak 1.027.000 x 700 = 718.900.000. dan dikutip Imam Ibn Arabi dalam mukaddimah

Rasulullah SAW memberi batas bawah bagi seorang muslim dalam perkara membaca Al-Quran adalah minima khatam Al-Qur’an sekali dalam sebulan. Tapi, muslim yang cerdas tentu tidak merasa cukup cuma khatam sekali di bulan Ramadhan. Kalau cuma sekali ya rugi kerana tidak berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, harus boleh khatam lebih dari dua kali.

Terlebih lagi ketika Lailatul Qadar. Jangan sampai tidak membaca Al-Quran di malam itu. Allah SWT menyatakan bahawa nilai Lailatul Qadar lebih baik daripada 1.000 bulan atau sama dengan 354.000 kali malam biasa.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”
Berapa pahala yang boleh kita peroleh jika membaca 1 juz Al-Quran pada masa Lailatul Qadar? Jika kita campurkan jumlah huruf dalam setiap juz sama, maka angkanya kira-kira 1.027.000 : 30 = 34.233 huruf. Jumlah potensi pahala yang boleh kita dapat di malam itu adalah 34.233 x 700 x 354.000 = 8.482.937.400.000. Subhanallah, angkanya triliun!

Surat Al-Qadr turun kerana suatu masa Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat tentang seseorang dari Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Lelaki itu selalu beribadah pada malam hari hingga pagi dan di siang harinya berjihad memerangi musuh.

Para sahabat kagum sekaligus iri kepada lelaki itu. Allah memberi kesempatan kepada lelaki itu selama 1.000 bulan untuk konsisten beribadah dan berjihad. Sementara, para sahabat banyak yang masuk Islam pada umur tidak muda lagi. Sementara potensi usia hidup umat Nabi Muhammad SAW hanya 60 tahun. Jadi, para sahabat merasa tidak mungkin menyamai ibadah yang dilakukan oleh lelaki dari Bani Israil yang diceritakan Rasulullah SAW.

Allah Maha Adil. Allah SWT memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jika kita beribadah semasa Lailatul Qadar, Allah SWT menggandakan nilainya menjadi 354.000 kali ganda. Membaca Al-Quran satu juz dapat pahala 8.482.937.400.000. Kalau 3 juz, 25.448.812.200.000! Maka rugilah orang yang tidak memperbanyak membaca Al-Quran semasa Lailatul Qadar......

MasterJhee : Semoga Mendapat Rahmat Dari Allah S.W.T.... Selamat menyambut Ramdhan dan dalam kerbekatan Ilahi... Amin....

DIGI WWWOW Awards Blogger of The Year by Nuffnang !!! Top 50 !!!

Klik Gambar Untuk Top 50

tintamasterjhee.blogspot.com berada dalam top 50

Terima Kasih sahabat-sahabat yang telah mengundi MasterJhee... Rasa macam tak percaya sebab  baru sahaja MasterJhee aktif kembali menulis selepas lama berhenti... Apa pun.. Tujuan MasterJhee menulis bukan sekadar hanya berkongsi maklumat dan info terkini.... Warisan jangan harus kita Lupa.... Melayu, Cina, India dan juga bangsa lain mempunyai pelbagai warisan dan budaya masing-masing... Yang unik dan utamanya, semua yang bertemu ditanah Ini... MALAYSIA.... Tanggungjawab kita untuk tidak melampaui batas sesama bangsa... Pertahankan Warisan Masing-Masing, tapi jangan Menjolok Sarang Yang Lain... Takut bila tebuan Menyinga.... Apa yang kita kejar semua bertaburan....

DIGI dan Nuffnang !!! Terima kasih kerana Memilih blog Ini.. Semoga Pertandingan Seperti ini sentiasa diteruskan:-

Demi generasi Masa Hadapan,
Semai semangat Pahlawan,
Walau gagah dalam Alam Maya,
Realitinya sampai satu Dunia...

Sampaikan khabar,
Walau dari Muka Buku,
Agar lebih bersatu,
kuat jatidiri,
kenal siapa pembina generasi....

Klik  Logo Untuk Nuffnang

MasterJhee : Ops.. lupa lak... MasterJhee menggunakan DIGI sejak dulu lagi.... dan tidak bercadang untuk menukarnya... Nuffnang... Thank you for The Money (Duit Iklan)... Bila dah besar jumlahnya nanti, boleh lah  MasterJhee kongsi kan berapa Jumlahya...

Artikel Paling Popular