Friday, May 31, 2013

Betul Ker Ustaz Azhar Idrus ? Lajunya Bawak WW ....


Masterjhee : Macam UAI.... Tengoklah Sendiri ... Korang Nilai lah Sendiri yer.....

UAI
Sekadar Hiasan

Saturday, May 25, 2013

Penyokong Pakatan Yang Di BANGGA Kan - Bagaikan Bangla Di Negara Orang !!!

MasterJhee : Pelik Bin Ajaib !!! Bangga bila Melanggar Undang-Undang ? Budaya Ini kah yang kita Mahu ? Apa akan jadi Pada Generasi kita yang akan Datang? Jangan Sampai Suatu hari nanti, Generasi kita buta dengan Undang-Undang.....

Kota Raya


Singapura

PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura

KUALA LUMPUR 23 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengakui berbangga dengan 21 rakyat Malaysia di Singapura yang ditahan polis republik itu atas kesalahan berhimpun kerana menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara mereka yang mahukan keadilan sistem pilihan raya di negara sendiri.

Sehubungan itu, empat pimpinan kanan PKR iaitu dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan haram Bersih, Datuk S. Ambiga turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap PKR dan tindakan rakyat Malaysia terbabit.

Ketika ditemui media selepas penyerahan itu, Tze Tzin berkata, tindakan 21 rakyat Malaysia tersebut merupakan satu bentuk patriotisme kerana mahukan keadilan di tanah air sendiri dan tiada kena-mengena dengan Singapura.

Katanya, PKR juga sedaya-upaya akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terbabit sekiranya diperlukan.

"Dan kita sebagai rakyat Malaysia cukup bangga dengan tindakan mereka, walaupun mereka ada langgar undang-undang di Singapura tetapi itu satu kebebasan suara rakyat Malaysia.

"Mereka tidak berniat untuk langgar sebarang udang-undang atau cabar kerajaan Singapura tapi tindakan mereka terhadap Malaysia, tiada kena-mengena dengan kerajaan Singapura (kerana) mereka nak tunjuk patriotisme terhadap Malaysia," katanya.

Memorandum tersebut antaranya menyatakan kebimbangan PKR terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan akibat menganjur dan menyertai protes haram di Singapura pada 11 Mei lalu.

Akibat protes haram di Merlion Park di republik tersebut pada 11 Mei lalu, salah seorang peserta dibatalkan permit kerja di Singapura, sementara dua lagi menghadapi pembatalan pas lawatan sosial ke negara jiran tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130524/po_02/PKR-bangga-rakyat-langgar-undang-undang-Singapura#ixzz2UGXz7KLl
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, May 22, 2013

Bukan Semua Orang "GILA" itu Gila!

Nota ini MasterJhee Ambil dari Facebook Rakan - Rasa tersentuh dan ingin kongsi Bersama, Insyaallah yang baik dijadikan pedoman.... 

Ku Sangka Orang Gila

Gila
Gambar Hiasan
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia, dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

MasterJhee : Prasangka serta "double standard" benar terjadi dikalangan Masyarakat kita. Tak kiralah beza politik, bangsa atau rupa. Yang penting Islam dipelajari, diamalkan dan disebarkan. Insyaallah, Kita kan sentiasa Diberkati Oleh Nya.....

Tuesday, May 21, 2013

Punca Kemasukan Bangla???

Gambar Hiasan


Bangla

Layan Video Ni Sekejap...


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Masterjhee : Akhirnya Siapa yang Gigit Jari ! Anwar ? Penyokongnya ? Mahasewel ? Hmmmmm.....

Monday, May 20, 2013

Persepsi Vs. Realiti - "Laskar Kacang Merah" ???

Pelbagai kenyataan di rangkaian Media Sosial Meninggalkan pelbagai PERSEPSI! Tetapi adakah itu Realiti? Cuba Lihat Video berikut !

Persepsi atau Realiti ?



Adakah taburan fitnah di bawah ini Angkara "Laskar Kacang Merah"? Menabur segala berita palsu hingga Persepsi berubah Menjadi Fitnah. Yang malangnya, ada yang mempercayai secara membuta tuli tanpa membuat kaji selidik dahulu. Contohnya:-

Terbaru.... Meninggalkan Persepsi HINA Terhadap Sultan Johor !!!

Hina

Menyebarkan Persepsi !!


Fakta Sebenar !!
      

Fitnah
Gambar Hiasan


Laskar Kacang Merah kuat diperkatakan kewujudannya di rangkaian Sosial Media. Apakah Modus Operandi Mereka Yang Sebenarnya?


MasterJhee : Siapakah Mereka ? Dana Operasi ? Tujuan dan Matlamat Sebenar ? Campur tangan dan penglibatan Tangan Asing ?

Tangan Asing - Ini Malaysia Lahhh... Mana Ada !!!

Tangan


Penafian !!! Tidak setuju dan tidak ambil tahu .. Itu yang sedang berlaku melalui kanta mata dan pandangan Masterjhee.. Malah ada yang tidak sedar mengambil bahagian dalam agenda tersembunyi Mereka.. Lihat Video Ini dan Nilaikan!!



Video Ini Pula Mengenai Tangan Asing yang sudah pun berjaya menjatuhkan beberapa kerajaan di seluruh Dunia..



Ada kena mengenakah Video ini dengan Video di atas  ?? .. Anda Lihat !! Faham Kan !! Serta Nilai Kan Sendiri ...

MasterJhee : Persepsi VS Realiti - Tentera Merah Agen Siapa ?? Hmmmmm.................

Wednesday, May 15, 2013

Siap Siaga - Barisan Kabinet Baru 2013-2018

Kabinet

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri  Haji  Muhyiddin Yassin (UMNO)

Jabatan Perdana Menteri:

Menteri:
1. Jamil Khir Baharom (UMNO)
2. Abdul Wahid Omar (Senator - Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
3. Idris Jala (Senator)
4. Joseph Kurup (PBRS)
5. Shahidan KAssim (UMNO)
6. Nancy Shukri (PBB)
7. Paul Low Seng Kwan (Senator)
8. Joseph Entulu Belaun (PRS)

Timbalan Menteri:
1. Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Kementerian Kewangan
1. Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Razak (UMNO)
2. Menteri Kewangan 2: Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)
3. Timbalan Menteri : Ahmad Maslan (UMNO)

Kementerian Pengangkutan
1. Menteri: (Pemangku) Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Ab Aziz Kaprawi (UMNO)

Kementerian Pertahanan
1. Menteri: Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Kementerian Dalam Negeri
1. Menteri: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
1. Menteri 1: Muhyiddin Yassin (UMNO)
2. Menteri 2: Idris Jusoh (UMNO)
3. Timbalan Menteri 1: Mary Yap Kain Ching (PBS)
4. Timbalan Menteri 2: P. Kamalanathan (MIC)

Kementerian Kerjaraya
1. Menteri: Fadillah Yusof (PBB)
2. Timbalan Menteri: Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Kementerian Perdagangan Dan Industri
1. Menteri: Mustapa Mohamed (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Hamim Samuri (UMNO)

Kementerian Luar Negeri
1. Menteri: Anifah Aman (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Hamzah Zainuddin (UMNO)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
1. Menteri: Hasan Malek (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Ahmad Bashah Mohamad Hanipah (Senator)

Kementerian komunikasi & Multimedia
1. Menteri: Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Jailani Johari (UMNO)

Kementerian Sumber Manusia
1. Menteri: Richard Riot Jaem (SUPP)
2. Timbalan Menteri: Ismail Abdul Muttalib (UMNO)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
1. Menteri: Shafie Apdal (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Alexander Nanta Linggi (PBB)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1. Menteri: Abdul Rahman Dahlan (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Halimah Mohamad Saddique (UMNO)

Kementerian Belia & Sukan
1. Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
2. Timbalan Menteri: M. Saravanan (MIC)

Kementerian Kesihatan
1. Menteri: Dr S Subramaniam (MIC)
2. Timbalan Menteri: Hilmi Yahaya (UMNO)

Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar
1. Menteri: Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO)
2. Timbalan Menteri: J. Loga Bala Mohan (Senator)

Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi
1. Menteri: Douglas Uggah Embas (PBB)
2.Timbalan Menteri: Noriah Kasnon (Umno)

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air
1. Menteri: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
2. Timbalan Menteri: Mahdzir Khalid (UMNO)

Kementerian Pertanian & Asas Industri Tani
1. Menteri: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)

Kementerian Pelancongan
1. Menteri: Mohamed Nazri Abdul Aziz (UMNO)
2. Timbalan Menteri: Joseph Salang Gandum (PRS)

Kementerian Sains, Inovasi & Teknologi
1. Menteri: Ewon Ebin (UPKO)
2. Timbalan Menteri: Abu Bakar Mohamad Diah (UMNO)

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
1. Menteri: G Palanivel (MIC)
2.Timbalan Menteri: James Dawos Mamit (PBB)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
1. Menteri: Rohani Abdul Karim (PBB)
2.Timbalan Menteri: Azizah Mohamad Dun (UMNO)

Menteri: 30
Timbalan Menteri: 27
Jumlah: 57
Jumlah Kementerian: 24
Perlantikan Semula Senator: 1
Senator Baru: 5
"Backbenchers": 82

Monday, May 13, 2013

Buy Muslim First !!! Kempen Untuk Hari Ini, Esok Dan Selamanya

Muslim


Pergi Ke Kedai Membeli Baju,
Baju Dipakai Menutup Sasa,
Masuk Ke Kedai Siasat Dahulu,
Mana Yang Membantu Mana 
Yang Membinasa!!!

Singgah Sebentar Membeli Pau Merdeka,
Berbekal Semangat Satu Malaysia,
Betul ke tidak hasil tangan Orang kita,
Dia Kenyang Harta, Kita kenyang Dosa!!!


Lepas Pulang Kerja Badan Minta Di Manja,
Naik Tingkat Satu Ketuk Itu Pintu,
"Mau Ulut Tapai Kakai" Sambil Senyum Manja,
Orang Kita Pula Terus Naik Hantu!!!


Belum Lagi Rasa "Chicken Chop" Asia,
Jika Tidak Dicari Memang Tak Jumpa,
Racun dan Duri pada Anak Bangsa,
Senjata Utama Mereka Buat Kita Alpa!!!


Mereka Gigih Bekerja, Kita Ketawa Tak Henti,
"Aku Peduli Apa, Takkan Hilang Tanah Air Ku",
Benar! kita akan Berada Di Tanah Ini,
Sambil Berlutut Menongkat Dagu!!! 



BUY MUSLIM AND MALAY FIRST!!!
Bicara MasterJhee :

Tiada salah Jika kita hendak meningkatkan Ekonomi Umat Islam dan Bangsa Kita Sendiri. Seharusnya kita melakukan perkara ini sejak dulu lagi. Tujuan kita adalah untuk membantu secara padu dan total kepada Peniaga Muslim dan Melayu.  Masih tidak terlambat!! Mulakan Hari ini, Esok Dan Selamanya......

Muslim and Malay Products !!!


1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary) 
2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D'herbs
33. Mydin
34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung 

Warisan yang Hilang!!

Warisan
Yang Dulu,
Datang Membanting Tulang,
Mencari Segunung Harapan,
Apakah Yang Didukung Akan Hilang?
Si Warisan Generasi Hadapan?

Yang Dulu,
Teliti Mencari Khabar,
Yang Benar Jadi Tauladan,
Bila Sedar Berjuang dan Berlapar,
Demi Warisan Tanpa Sesalan...

Yang Dulu,
Fitnah Akan Menjadi Korban,
Pembelot Bakal Menerima Hukuman,
Supaya Warisan Terus Berkekalan,
Menjadi Tunjang Keutuhan Harapan...

Yang Kini,
Kemewahan Semakin Beraja,
Lupa Apa itu Bangsa,
Lupa Apa itu Agama,
Lupa Apa itu Warisan...

Yang Kini,
Hanya Percaya pada Fantasi,
Momokan Saudara Sendiri,
Ajukan kata Rakan Kongsi,
Berderailah Bangsa Sendiri...

Yang Kini,
Persepsi Dianggap Realiti,
Lahir Dari Akademi Mata Satu,
Menyelinap Di Setiap Darah Anak Bangsa,
Bakal Menjatuhkan Panji Dari Timur...

Para Warisan,
Kini Tibanya Kita Bangkit,
Berjuang Gagah Memegang Panji,
Bukan Darah Yang Di Cari,
Bukan Perang Yang Di Ingini...

Empayar Ilmu Milik Kita,
Empayar Ekonomi Milik Kita,
Semuanya Warisan Khalifah Pada Bangsa,

Bangkitlah, Sebelum Ia Di Carik Dan Berbau,
Tinggal Nanah Kotor Terpalit Hanyir,
Yang Tinggal Hanya Sesalan,
Usaha Apakah Yang Ku Lakukan?
Untuk Generasi Susur Galur Ku....

Artikel Paling Popular