Friday, December 6, 2013

Islam kah kita ? - Curi Wang Masjid Di Belasah Sampai Mati !!!

Curi Wang Masjid Di belasah Sampai Mati!!

Klik disini untuk berita Lanjut


Siapakah kita untuk menghukum orang lain? Kenapa perlu kita menjadi algojo hingga meragut nyawa saudara yang lain.Salah tetap salah tapi mengapa dengan begini caranya. 

Bagi Masterjhee, Masjid kita sendiri pun tidak berfungsi sepenuhnya. Tidak semua masjid menjalankan tanggungjawab mereka. Masjid kini dijadikan tempat politik untuk sesetengah pihak. Dan juga untuk pihak sebelah sana, tujuan ke Masjid hanyalah untuk Solat dan solat sahaja. 

Apakah Fungsi Masjid yang Sebenar?

"From my humble opinion" (pinjam kata2 rakan), Masjid adalah Pusat Sosial untuk Masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Segala aktiviti boleh dilakukan di dalam Masjid. Tempat Bersolat, Beriadah, Mencari Ilmu, Berniaga, berdakwah, pusat jagaan kanak2, berkhatan, majlis perkahwinan, seminar, destinasi melancong dan bermacam-macam lagi aktiviti.

Yang paling penting ialah tempat untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan datang meminta bantuan. Umum mengetahui Masjid mempunyai tabung derma yg disumbangkan oleh tetamu yg berkemampuan dan juga bantuan dari kerajaan negeri masing2. Apalah guna jika wang itu digunakan untuk mengubah suai dan "mencantikkan" Masjid jika tiada pengunjung. Jika setiap masjid di setiap daerah memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, dengan secara tidak langsung ia mengurangkan masalah ini.

Jika kita lihat pihak Gereja, mereka sentiasa memberi bantuan kewangan tanpa banyak soal siasat. "Nak buat camner, diorang banyak sponsor". Ini yg selalu Masterjhee dengar dan terbaca di laman tertentu. Akhirnya jadi la macam ni, nak duit terpaksa curi duit Masjid.

MasterJhee ; Siapa kita untuk menghukum? 

2 comments:

  1. Kadang-kadang kita terfikir juga, apa sebenarnya fungsi jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia ni. Ada sebahagian ulama saling memaki, yang lainnya saling mengkafir. Ustaz-ustazahnya pula macam sibuk nak jadi selebriti..entahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih.. itulah realiti.. bila ini semua berlaku, adakah pemuda itu patut dihukum begini??

      Delete

Artikel Paling Popular