Monday, July 8, 2013

Salam Anakku, Salam Ibuku....

Salam Anakku, Salam Ibuku…..


Salam, Selamat datang sayangku,
Eh, apa yang awak tangis kan,
Teriak mu bagai hilang sesuatu,
Jangan ngeri kerana ibumu ada di sisi..
Bukan.. Bukan itu sebab tangisku..
Mengapa jiwaku, kenapa?
Oh, Janji ku bersama Ilahi..
Mana Perginya…
Kemana hilangnya..


Wahai sayangku,
Inilah jawatan yang kami terima,
Menatang kamu bersama ilmu Ilahi,
Memberi telunjuk jika kelu,
Menyangga bahu jika longlai..

Wahai intanku,
Jalan mu bertongkat kan tanganku,
Makan mu bersulamkan jari ku,
Kesihatan mu, keceriaan ku,
Tsunami jiwa membadai jika diri mu dirundung malang..

Wahai anakku…
Janji mu bersama Ilahi akan ku arahkan,
Akan ku pimpin tangan mu agar dapat menggenggam kembali Ingatan itu,
Walaubagaimanapun, Ibu mu jua Hamba kepada yang Esa,
Mempunyai Janji sendiri bersama Ilahi…

Sayangku,
Salam terakhir ku titipkan,
Tidak dapat lagi Ibu menjadi tongkat mu,
Perjanjian kita bersama Ilahi lain caranya,
Telah sampai Malaikat Maut menjemput ku,
Mendengarkan sedikit khabar dari alam menuju ke syurga..
Itu semua ketentuan Nya, Perjanjian yang telah lama dimeterai bersama Yang Agung…
SALAM, selamat tinggal Sayangku…..

Mak,
Aku sengsara bila tangan mu terlepas,
Aku jatuh bila rantai yang mengikat kita terputus,
Tiba-tiba aku menjadi orang asing di dalam rumpun ku sendiri,
Bagai terdampar di tengah lautan di atas sebuah kapal yang usang,
Hanya bertemankan isteri dan anak anak tersayang,

Akhirnya aku redha,
Walaupun gegak gempita jiwa ini hendak melepaskan Mu,
Aku redha kerana penderitaan Mu telah berakhir,
Aku kagum dengan perjuangan, Masih bimbang dengan anak anak mu,
Walaupun disaat nyawa di hujung tanduk,

Mak,
Terima Kasih diatas segalanya,
Terima Kasih….
Salam… Selamat Tinggal Jiwa ku…..

MasterJhee
6 Disember 2010

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular