Monday, July 1, 2013

RM 50 - Besar atau Kecil bagi Anda? Perasan Atau Tidak???

PERASAN TAK?


Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma Masjid, tapi begitu Kecil bila dibawa ke Shopping Mall dan Seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?


30 Minit terasa begitu Lama untuk BerZikir, tetapi begitu pendek untuk menonton Drama-drama di Televisyen...

PERASAN TAK?


Betapa Lamanya 2 jam berada di Masjid, tetapi betapa cepatnya 2 Jam ketika menonton Wayang di  panggung...

PERASAN TAK?

 
Susah Sungguh merangkai Kata untuk dipanjatkan Doa ketika Solat, tapi betapa mudahnya cari Bahan bersembang Bila bertemu kawan-Kawan...

PERASAN TAK?


Betapa Seronoknya mendengar Laungan dan Teriakan yang berpanjangan sewaktu Perlawanan BolaSepak, Tapi betapa bosannya bila Imam Solat Terawih Terlalu Lama dan Panjang di Bulan Ramadhan...

PERASAN TAK?


Orang Berebut depan untuk Menonton bola dan Konsert, Tapi Berebut SAF paling belakang bila Solat Jumaat Supaya Boleh Keluar Cepat...


Ada 3 Perkara dalam hidup yang tak boleh Kembali:-
1. Waktu
2.Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Perkara yang dapat Menghancurkan Hidup Seseorang:-
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Perkara yang tidak boleh Hilang:-
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. kejujuran

Ada 3 Perkara yang paling Berharga:-
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Perkara dalam hidup yang Tidak pernah Pasti:-
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Perkara yang membentuk Watak Seseorang:-
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja Keras

Ada 3 Perkara yang Membuat kita Sukses
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Perkara yang Kita Tidak Tahu:-
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

Tapi ada 3 Perkara Yang dalam Hidup Kita Pasti !!!

1. TUA


 2. SAKIT


3. KEMATIAN

MasterJhee ; Hmmmm.... Muhasabah diri supaya dapat membawa generasi yang hadapan terus ke depan tanpa hilang arah tujuan dan tebal keimanan....

3 comments:

  1. subhanallah...
    good informaton masterjhee :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dgn perkongsian bermanfaat.. tak sangka nie blog Am.. hehehe. .keep it up ok!

    ReplyDelete

Artikel Paling Popular