Monday, July 8, 2013

Pejuang Keluarga – Realiti hidupku

Pejuang Keluarga – Realiti hidupku


Hujan, ribut, petir, taufan dan tsunami,
Semuanya singgah membadai,
Tidak cukupkah jerih dan payah yang aku tempuhi?
Dugaan apakah lagi yang harus aku tanggungi?

Penat kaki aku mendaki,
Penat juga jasad aku bangkit dari cubaan,
Lolongan kasih dan tongkat yang diperlukan tidak aku temui,
Malahan kasih yang ku tagih dicerca dan tongkat yang kuminta membalun jasad aku kembali.
Eh.. Jalan mana yang harus aku tuju…
Kanan beban, kiri pun beban, atas menghina, bawah pula mencaci…
Jiwa ini parah berdarah-darah, siapakah yang sudi mebaluti luka ini?

Apakah aku korban alam dunia ini? Beritahu aku? Iya kah?
Ini bukan kisah cinta, tapi ini realiti hidup pejuang keluarga,
Mencari tapak untuk berkeluarga, menyara hidup demi isteri dan anak-anak,
Dinilai hina bila bergantung seketika, di pandang sebelah mata bila mampu sesaat.

Eh.. lupakah aku, siapa yang berebut-rebut memegang aku itu..
Ya… Dia… Kasihku,
Mereka… Anak anak ku…
Tahanlah aku isteriku, peganglah papa anak-anakku,
Supaya papa tidak terus jatuh terjerumus sebelum sempat papa membahagiakan kamu semua…

MasterJhee
22hb Mac 2010

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular