Tuesday, June 4, 2013

Tragedi 13 Mei - Ambil Peduli atau Tidak ???


TANDA PUTERA

Filem Tanda Putera yang Menjadi Kontroversi selama ini telahpun dibenarkan untuk tayangan Umum pada 29 Ogos 2013.  Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).


Masterjhee : Sejarah bukan lah perkara yang harus dilupakan. Namun, tak bermakna kita harus duduk termenung mengingatkan kisah yang lalu. Tanpa sejarah, kita takkan wujud dibumi bertuah ini. Yang Lama dijadikan Teladan, supaya yang baru terus bergerak tanpa hilang Pedoman......


MasterJhee
MasterJhee
MasterJhee
MasterJhee



No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular