Friday, June 7, 2013

Serangan Subuh - Ilmuan Islam & Melayu Mampu - Ekonomi Milik Kita

Di laman-laman media sosial sudah banyak dikisahkan tentang Serangan Subuh.

Apa Dia Serangan Subuh?

Ia adalah Kisah Benar mengenai kejayaan Sekumpulan Anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Serangan Subuh

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Serangan Subuh melalui laman ini : http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

Apa yang MasterJhee cuba sampaikan adalah KITA MAMPU. Dari gerai Jual Burger Hinggalah ke Syarikat yang Besar. Bukan tiada yang berjaya malahan Bergaya... Apa yang kita boleh buat... Mulakan dengan memberi sokongan kepada peniaga Melayu dan Islam... Kalau berminat untuk memulakan perniagaan, kaji dahulu dan meminta bantuan dari usahawan yang berpengalaman.. Usahawan yang dah berjaya.. Jangan Sombong... bantu mereka yang memerlukan....

Mampu


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular