Thursday, June 20, 2013

Sekolah SATU Aliran - Ke Longkang atau Ke Laut ?

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk 'Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan' .

Pokok Pangkalnya, Beliau mencadangkan supaya Sekolah Satu Aliran Di Wujudkan.

Bersatu

Dah banyak kali MasterJhee dengar mengenai perkara ini. Semua orang tahu INI adalah jalan Penyelesaian untuk perpaduan sesama kita. Semua kaum berada di sebuah tempat yang kondusif untuk belajar dan mengenali satu antara sama lain.

Tapi, Isu yang Sama di ulang-ulang hingga tidak nampak penamatnya..

Daripada mencari krisis, lebih elok kita mencari jalan penyelesaian..

Ini Pendapat MasterJhee

Apakah Penghalangnya ?

Ibubapa generasi kini mementingkan Pelajaran dan Keselamatan Anak-anak Mereka. Cuba kita lihat Keseluruhan Sistem Pelajaran Sekolah Kebangsaan. Adakah ini sudah Yang Terbaik? 

Terbaik Bagaimana?
  • Adakah SK Menarik Perhatian kaum Lain dari segi sistem pembelajaran, kelengkapan serta pencapaian?
  • Adakah sistem pembelajaran kini ditepati dengan kehendak generasi sekarang hingga masa depan.
  • Lihat sahaja fasiliti yang dimiliki oleh SJK. Kelengkapan yang baik dari segi tempat pembelajaran dan juga aktiviti luar.
  • Kebanyakan daripada kita hanya menghina daripada membantu
  • Persepsi rakyat terhadap SK amat rendah nilainya daripada SJK serta sekolah Swasta - Bayangkan ada ibubapa Melayu sendiri menghantar anak mereka ke sekolah tadika Cina untuk siap sedia ke sekolah aliran lain ~ MENGAPA INI TERJADI?
  • Umum tahu kaum cina mementingkan Bahasa Ibunda Mereka dan Juga Matematik. Mengapa tidak SK pun begitu? 
Jikalau kita mempunyai Sekolah Kebangsaan yang Mempunyai Sistem dan persekitaran yang Unggul, tidak menjadi mustahil jika kaum yang lain akan senang hati menghantar anak mereka.


Sekolah Satu Aliran 
Setuju atau Tidak?
Jika tidak, Apa penyelesaiannya?

Ke Longkang atau Ke Laut?


MasterJhee : Memang susah untuk mencapai persetujuan jika banyak yang mementingkan kemahuan sendiri
dipenuhi. Titik persetujuan dapat disentuh jika semuanya memikirkan solusi demi negara dan masa depan generasi seterusnya.


Generasi hadapan


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular