Friday, June 21, 2013

"Pecah Tabung" Nak Tunai Haji - Cukup Ker?

Menabung

Mekah

Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih....

Alhamdulillah... Simpanan hasil dari Menabung, akhirnya Di "Pecahkan" untuk menyahut Seruan Ilahi. Siapa kata menabung tidak mendatangkan hasil.. Walaupun jumlah yang disimpan hanya 30 sen Sebulan, atas berkat kesabaran Pakcik Mail, 77, melayakkan beliau untuk menunaikan Haji pada Tahun Ini.

Kesimpulannya, apa pun matlamat yang kita kejar, kita usaha. Tidak semestinya kita akan dapat dalam masa yang terdekat. Walaupun usaha kita bernilai 30 sen, lambat laun akan tercapai juga. 

MasterJhee : Kita sendiri menentukan matlamat dan cara kita berusaha!! Seperti Pakcik Mail, Beliau mengikut kemampuannya dan berhasil.. Jadi, Berapakah NILAI USAHA ANDA dalam mencapai Matlamat?30 sen juga?

Pakcik Mail, Semoga anda dapat menunaikan Haji dengan Sempurna dan sentiasa dalam keadaan Sihat dan Sejahtera.....

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular