Tuesday, June 25, 2013

Nisfu Syaaban Vs SuperMoon - Tanda Kekuasaan Allah

Malam Nisfu Syaaban (Ahad - 23hb Jun 2013)


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


SuperMoon - Lunaar Perigee (Ahad - 23hb Jun 2013)



Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang lebih dari biasa. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

INi mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.



Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.


Kesimpulannya : Adakah secara kebetulan atau disengajakan apabila tarikh kedua-dua kejadian berlaku pada masa yang sama. Apakah ia satu petunjuk? ataupun kejadian yang sengaja ditunjuk olleh Allah untuk hambaNya. Jika diperhatikan dari sudut sains, ia hanyalah satu lagi fenomena alam semulajadi. Bagaimana dengan pula dari pandangan seorang Islam... Adakah ia saling berkaitan?

MasterJhee: Hanya mengeluarkan pandangan.. Anda semua boleh mengeluarkan pendapat sendiri. Bagi MasterJhee. Tiada Kuasa Besar Yang dapat menandinginya Kecuali Allah.... Umum tahu rahsia alam Hanya Allah yang Mengetahuinya....



No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular