Friday, June 14, 2013

Apa Lagi Abah Mahukan?? - Selamat Hari Bapa !!!


ayah
Gambar Sekadar Hiasan

Kasihnya Abah

Lahirmu Abah Sambut Dengan Merdu Azan,
Megah Berkata Cerita Seorang Anak,
Apakah Yang Abah Mahukan,
Mencoret kain yang Putih Menjadi Pilihan....

Abah Mencongak Apa Yang Anak Perlukan,
Apa Abah Kisah, 
Apa Sahaja Akan Abah Korbankan,
Agar Anak Tidak Mendengus Kesusahan...

UntukMu Anak,
Abah akan diam jika Abah Sakit,
Abah akan Senyum Bila Dalam Kesusahan,
Abah terluka hati Bila Anak Abah Di Usik,
Tapi Abah tak Tunjuk,
Kerana Abah perlu Cekal dan Nampak Gagah Di Depan Anak...

Kejayaan Anak Menjadi Kebanggaan Abah,
Lupa Segala Titik Peluh Mengalir Dari Keringat Abah,
Biar Anak Jauh Dari Abah,
Tapi Ingatan Abah Jauh Dalam Sanubari...

Apakah Yang Abah Mahukan,
Kasih Sayang Di iringi Sapaan,
Abah Dah Makan?
Abah Sihat?
Abah Dah Makan Ubat?
Jom Anak bawa Abah Berjalan...
Mari Anak Imamkan Abah Solat...

Apa lagi Yang Abah Mahu?
Anak... Abah hanya Perlu Kasih Sayang Dari Mu...
Seperti Abah Menyayangi Mu Dari Kecil Lagi.....

ayah

Hasil dari Tinta : MasterJhee


MasterJhee : Selamat Hari Abah....Semenjak menjadi PAPA dalam keluarga MasterJhee... Makin Faham Sikap Abah Selama Ini.. You are the Greatest ABAH..... Untuk Rakan serta kakak-kakak seperjuangan.. Sedekahkan Al-Fatihah untuk Ayah-Ayah yang Telah Pergi Menemui Ilahi... 

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular