Sunday, June 30, 2013

Forum Perdana Batal Kerana Ustaz Kazim?

Forum Perdana Batal !!!




BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan.
Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri.

“Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah.

“Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik. Orang politik sepatutnya berbaik dengan pendakwah supaya mereka mendapat faedah, tetapi yang berlaku sebaliknya kerana yang rugi bukan saya tetapi masyarakat. Biarlah masyarakat yang menilai dan menghukum pemimpin seperti itu," katanya.

Menurut Muhammad Kazim, tidak seperti Pulau Pinang, beberapa negeri lain mengamalkan sikap terbuka kepada pendakwah sepertinya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli politik supaya bersikap profesional dan jangan anti kepada pendakwah bebas dan program ceramah agama.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim ketika dihubungi menafikan beliau mengarahkan Forum Perdana itu dibatalkan.

Abdul Malik berkata, selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap agama Islam di negeri itu, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan.

“Pulau Pinang bersikap terbuka dan tidak menghalang majlis ceramah serta percambahan ilmu yang mahu diadakan di negeri itu. Kita juga tidak meletakkan syarat bahawa penceramah yang mahu dijemput itu mesti mempunyai tauliah agama seperti yang disyaratkan di negeri-negeri lain," katanya.

Menurutnya, kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan salah faham.
“Seingat saya pada tahun lepas, dalam satu program ceramah anjuran kerajaan negeri, kita ada menjemput Ustaz Kazim hadir," katanya.


Artikel Penuh:                  

MasterJhee : Yang Baik kenapa perlu ada alasan untuk menidakkannya.. Kenapa Perlu ada syak wasangka..... Ilmu, Amal dan Iman !!! Jika Ilmu disekat, Bagaimana hendak beramal... Jika tiada amal...Bagaimana hendak beriman??? 

Luahan Hati Seorang Pengurus Acara (Event Manager Lah !!!!)

Luahan Hati Seorang Event Manager

MasterJhee terjumpa luahan hati ini di FB di mana ia juga berkaitan dengan kerja seharian MasterJhee... nampak macam "simple", tetapi MasterJhee juga melaluinya.... Sesiapa yang banyak karenah, biasa majlisnya agak hambar... ada juga kejadian yang tidak diingini berlaku....  




"Setelah beberapa tahun membantu melancarkan perjalanan acara... ada satu perkara yang saya simpulkan... untuk semua yang menganjurkan acara... xkirala besar atau kecil tetapi kalau ada pihak yang terlalu cerewet atau selalu mintak kurang harga... pasti akan ada ma salah yang akan mencacatkan majlis atau tidak menyenangkan hati... so ini peringatan untuk diri sendiri - jgn cerewet dan menghalang rezeki orang... mungkin Allah akan bagi ujian dan menghalang rezeki kita kemudiannya..."

Ini yang MasterJhee jumpa di laman web careercast.... Hmmm... Stressfull Juga yer.....

The Most Stressful Jobs of 2012 - by careercast.com


1. Enlisted Soldier

2. Firefighter

3. Airline Pilot

4. Military General

5. Police Officer

6. Event Coordinator

An event coordinator is responsible for planning all logistics and activities associated with the events for which he or she is responsible. Though they may conduct many events through the year, any event may be a once-in-a-lifetime special occasion for the people involved. Therefore, events often have very high visibility and high stakes for the coordinator involved.


7. Public Relations Executive

8. Corporate Executive (Senior)

9. Photojournalist

10. Taxi Driver

MasterJhee : Apa jua kerja yang anda dipertanggungjawabkan.. jalan kan ia dengan hati yang ikhlas dan penuh dedikasi... Supaya ia dapat meberikan kepuasan yang total kepada pelanggan dan juga diri sendiri... Apa sahaja kejadian yang berlaku selepas itu, anggap itu ketentuan Ilahi... Kita hanya merancang..Allah yang Menentukan......


Thursday, June 27, 2013

Merdunya Suara.. Subhanallah!!!




Subhanallah!!!


MasterJhee : Lunaknya Suara..... Tapi jangan Lupa !!! Ini Semua kurniaan Allah S.W.T ..... Segalanya hanya dipinjamkan sementara agar kita sentiasa Mengingati Nya.....

Syahdu !!! Sekadar Peringatan !!!


Kasih Ibu & Bapa !!!



MasterJhee : Selagi Mereka masih bernafas, Selagi itu lah kasih kita berpanjangan.... Semoga Kita Menjadi Ibubapa yang Baik demi Warisan Kita....

Lucu - Me Fail English? That`s Unpossible !!!


Wednesday, June 26, 2013

Pacific Rim - Filem Adaptasi Mecha Jepun

PACIFIC RIM - Guillermo Del Toro



MasterJhee: Filem yang dinantikan Julai ini.. Pengaruh Mecha dari Negara Matahari Terbit yang di arahkan oleh Guillermo De Toro.. Mantap Beb.... Layan dulu Trailer Pacific Rim (HD)......


Jerebu - Indeks Pencemaran Udara Terkini

Indeks Pencemaran Udara Terkini



Klik Gambar di atas Untuk Indeks Pencemaran Udara Terkini


MasterJhee : Alhamdulillah... Hujan turun pada waktu ini (2.20 pagi) .... Syukur ke atas rahmat mu Ya Allah... Semoga Esok Kuala Lumpur Kembali Cerah Seperti Sediakala....



Tuesday, June 25, 2013

Nisfu Syaaban Vs SuperMoon - Tanda Kekuasaan Allah

Malam Nisfu Syaaban (Ahad - 23hb Jun 2013)


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).


SuperMoon - Lunaar Perigee (Ahad - 23hb Jun 2013)



Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang lebih dari biasa. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

INi mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.



Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.


Kesimpulannya : Adakah secara kebetulan atau disengajakan apabila tarikh kedua-dua kejadian berlaku pada masa yang sama. Apakah ia satu petunjuk? ataupun kejadian yang sengaja ditunjuk olleh Allah untuk hambaNya. Jika diperhatikan dari sudut sains, ia hanyalah satu lagi fenomena alam semulajadi. Bagaimana dengan pula dari pandangan seorang Islam... Adakah ia saling berkaitan?

MasterJhee: Hanya mengeluarkan pandangan.. Anda semua boleh mengeluarkan pendapat sendiri. Bagi MasterJhee. Tiada Kuasa Besar Yang dapat menandinginya Kecuali Allah.... Umum tahu rahsia alam Hanya Allah yang Mengetahuinya....



Sunday, June 23, 2013

India Gaduh Dengan Melayu - PERSEPSI ATAU REALITI?

Penting ! Sila luangkan Masa anda untuk menghayati Video Ini....

Persepsi atau Realiti



Seperti yang MasterJhee telah ulas mengenai Persepsi dan Realiti (klik Sini), Video klip ini telah memberi penjelasan yang lebih baik. Mahu atau tidak!! Malaysia telah di Acu dari Tangan Pemimpin yang lalu untuk hidup bersama dengan pelbagai kaum dan kita tidak boleh mengubah apa yang telah di wariskan...

"Apa yang kita mampu lakukan ialah menghormati satu sama lain. RESPECT EACH OTHER"

 MasterJhee : Berhati-hati mengeluarkan fakta... Jangan sebarkan perkara yang tidak pasti. PERSEPSI JAHAT boleh menjatuhkan sesebuah INSTITUSI...


Zizan Bersama Si Kenit Biru Di PARIS

Diari Pengembaraan Zizan Di PARIS


Bagi sesiapa yang mengikuti siri animasi The Smurfs mahupun filemnya, sudah pasti anda pernah mendengar Global Smurfs™ Day. Festival yang pernah dianjurkan oleh Columbia Pictures and Sony Pictures Animation ini pada tahun 2011 sebelum ini, sekali lagi dianjurkan pada tahun ini bagi menghiburkan dan meraikan peminat-peminat animasi. Ia juga di anjurkan sempena pelancaran Filem terbarunya The Smurfs 2 yang bakal ditayangkan dipawagam-pawagam Malaysia pada 8 Ogos 2013 ini.

Apa yang menariknya disini, Zizan diberi peluang untuk menjayakan festival Global Smurfs™ Day disana. Jadi marilah sama-sama mengikuti pengembaraan 7 hari Zizan disana......


Klik Gambar Untuk Pengembaraan Zizan


MasterJhee: Klik Gambar di atas untuk mengikuti pengembaraan Zizan dan Juga Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wirefame Entertaintment. Sokong Industri Kita!!! Apatah lagi Syarikat ini dimiliki oleh Usahawan Muda yang Berani menyahut Cabaran untuk Berjaya...

Info dan Gambar Milik:-www.wirefame.com.my

Saturday, June 22, 2013

Muhasabah Diri - Pesanan Untuk Semua & Diri Sendiri


Apakah Nilai Nikmat Bagi Anda?

meyusu
Tangkapan Lensa ini memberi Berjuta Makna...

Tersentuh jiwa bila Melihat gambar di atas. Si Ibu, walaupun kekurangan, tetap memberi susu kepada anakya. Si Ibu dalam keadaan dhaif, kekurangan dan tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Si Anak. Namun, Beliau tetap memberi harapan kepada Si Anak untuk Terus HIDUP...


MasterJhee: Kekurangan akan sentiasa membakar semangat kita untuk terus berusaha. Mencapai matlamat sentiasa menjadi agenda hidup kita. Walaubagaimanapun, jangan kita alpa untuk memanjatkan kesyukuran kita di atas Nikmat yang kita terima. Biar kecil atau besar nilainya..... Ia tetap Indah jika kita tahu menghargainya....


Friday, June 21, 2013

Masa Untuk Senyum - Old Skool !!!


Smile - Enjoy Each Day & Live it Up












MasterJhee : Hehehe... Solat Jangan Lupa... Dah tua karang takut kiblat pun salah arah.. Semoga Hidup dengan AkaL, Mati Dengan AmAL!!!!

"Pecah Tabung" Nak Tunai Haji - Cukup Ker?

Menabung

Mekah

Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih....

Alhamdulillah... Simpanan hasil dari Menabung, akhirnya Di "Pecahkan" untuk menyahut Seruan Ilahi. Siapa kata menabung tidak mendatangkan hasil.. Walaupun jumlah yang disimpan hanya 30 sen Sebulan, atas berkat kesabaran Pakcik Mail, 77, melayakkan beliau untuk menunaikan Haji pada Tahun Ini.

Kesimpulannya, apa pun matlamat yang kita kejar, kita usaha. Tidak semestinya kita akan dapat dalam masa yang terdekat. Walaupun usaha kita bernilai 30 sen, lambat laun akan tercapai juga. 

MasterJhee : Kita sendiri menentukan matlamat dan cara kita berusaha!! Seperti Pakcik Mail, Beliau mengikut kemampuannya dan berhasil.. Jadi, Berapakah NILAI USAHA ANDA dalam mencapai Matlamat?30 sen juga?

Pakcik Mail, Semoga anda dapat menunaikan Haji dengan Sempurna dan sentiasa dalam keadaan Sihat dan Sejahtera.....

Thursday, June 20, 2013

Sekolah SATU Aliran - Ke Longkang atau Ke Laut ?

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk 'Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan' .

Pokok Pangkalnya, Beliau mencadangkan supaya Sekolah Satu Aliran Di Wujudkan.

Bersatu

Dah banyak kali MasterJhee dengar mengenai perkara ini. Semua orang tahu INI adalah jalan Penyelesaian untuk perpaduan sesama kita. Semua kaum berada di sebuah tempat yang kondusif untuk belajar dan mengenali satu antara sama lain.

Tapi, Isu yang Sama di ulang-ulang hingga tidak nampak penamatnya..

Daripada mencari krisis, lebih elok kita mencari jalan penyelesaian..

Ini Pendapat MasterJhee

Apakah Penghalangnya ?

Ibubapa generasi kini mementingkan Pelajaran dan Keselamatan Anak-anak Mereka. Cuba kita lihat Keseluruhan Sistem Pelajaran Sekolah Kebangsaan. Adakah ini sudah Yang Terbaik? 

Terbaik Bagaimana?
  • Adakah SK Menarik Perhatian kaum Lain dari segi sistem pembelajaran, kelengkapan serta pencapaian?
  • Adakah sistem pembelajaran kini ditepati dengan kehendak generasi sekarang hingga masa depan.
  • Lihat sahaja fasiliti yang dimiliki oleh SJK. Kelengkapan yang baik dari segi tempat pembelajaran dan juga aktiviti luar.
  • Kebanyakan daripada kita hanya menghina daripada membantu
  • Persepsi rakyat terhadap SK amat rendah nilainya daripada SJK serta sekolah Swasta - Bayangkan ada ibubapa Melayu sendiri menghantar anak mereka ke sekolah tadika Cina untuk siap sedia ke sekolah aliran lain ~ MENGAPA INI TERJADI?
  • Umum tahu kaum cina mementingkan Bahasa Ibunda Mereka dan Juga Matematik. Mengapa tidak SK pun begitu? 
Jikalau kita mempunyai Sekolah Kebangsaan yang Mempunyai Sistem dan persekitaran yang Unggul, tidak menjadi mustahil jika kaum yang lain akan senang hati menghantar anak mereka.


Sekolah Satu Aliran 
Setuju atau Tidak?
Jika tidak, Apa penyelesaiannya?

Ke Longkang atau Ke Laut?


MasterJhee : Memang susah untuk mencapai persetujuan jika banyak yang mementingkan kemahuan sendiri
dipenuhi. Titik persetujuan dapat disentuh jika semuanya memikirkan solusi demi negara dan masa depan generasi seterusnya.


Generasi hadapan


Tuesday, June 18, 2013

JEREBU 1997 - Bomoh Hujan Malaysia Beraksi Di Indonesia

OPERASI JEREBU

Jerebu

Operasi Jerebu menjadi misi memadam api terbesar dalam sejarah. Pasukan bomba Malaysia berjuang untuk memadamkan api yang melitupi sepanjang Sumatera dan Kalimantan habis-habisan selama lebih dari 25 hari yang memeritkan. Pasukan pemadam api juga berhadapan dengan halangan besar dengan jumlah bilangan api yang dihadapi.

Pada kemuncak kebakaran ladang dan hutan yang besar, bilangan titik panas mencecah sehingga 37,938, yang berlaku pada Ogos 1997.Selain itu pelbagai ancaman lain turut dihadapi, seprti, pokok yang kelihatan segar boleh tumbang ke atas mereka bila-bila masa apabila pangkal pokok habis terbakar dijilat api. Kebakaran tanah gambut merupakan ancaman terbesar kepada ahli bomba kerana mereka boleh terjerumus dalam lubang api ketika api marak jauh di dalam tanah.

Di situ, mereka juga berhadapan dengan banyak masaalah akibat kekurangan peralatan yang bersesuaian, berhadapan kekurangan sumber air, sehingga masalah mengenal pasti punca api jauh dalam tanah gambut. Akhirnya, selepas 25 hari, mereka berjaya melawan Jerebu cukup untuk mengembalikan penglihatan melihat langit kembali. Dan dengan bantuan hujan monson, ancaman jerebu akhirnya diatasi.







MasterJhee : Di Gelar Perwira mahupun Wira bukanlah kerana kita berjuang di medan perang Sahaja.. Kita boleh bertempur melalui setiap bidang yang kita ceburi.. Yang Penting, kesungguhan dan keazaman untuk mencapai matlamat....

Untuk Bomba Malaysia.. Kami Bangga Dengan Anda!!!!

Songsang - Markas Syiah Di Klang ?


SYIAH di Malaysia ??



Syiah
Syiah

Fikirlah Sejenak, adakah Allah S.W.T Menuntut kita untuk menyakiti diri sendiri? Menghina Orang lain? Islam itu Mudah dan Indah !!! Perkara begini yang menyebabkan Islam dipandang Hina!! Siapa yang berani mendekati Islam jika perlakuan ini yang dituntut.. Sebab ini Islam di gelar Barbarian oleh Orang Barat. Kasar dan Ganas !!! 

Ia pun sudah lama berlegar dikalangan rakyat Malaysia. Bila Melihat anak kecil di dalam video tadi, rasa sedih dan kecewa.. Anak yang kecil itu membesar dengan suasana tersebut. Apa yang dia Tahu? hanya Warisan dari ibubapa anak itu.....

Natijahnya, generasi berikutnya akan menjadi TEGAR SYIAH. Di waktu itu, dapatkah lagi kita menahan sebaran SYIAH ini. Yang sedikit pun susah hendak kita sekat, apatah lagi bila menjadi BESAR!!! 

MasterJhee : Para Pejuang dan Pemerintah, cukuplah dengan wayang politik anda... sebelah sana sama, sebelah sini pun sama... Mahukah anda melihat generasi seterusnya hancur di tangan yang Sesat... kalau lah Kemewahan yang anda Rakuskan itu Mampu menjaga cucu cicit anda.. Silakanlah..... 

Terbang Melayang - Kerana Tidak Menggunakan Jejantas


Jejantas

Terbang Melayang


Pejalan kaki Dilanggar kerana tidak menggunakan Jejantas

MasterJhee : Tidak menggunakan jejantas adalah pilihan biasa di kalangan rakyat Malaysia. Nyawa atau keselamatan yang jadi pilihan anda sendiri. Pesanan MasterJhee - Sila berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Cepat atau pantas bukan selalunya Jalan Terbaik....

Sunday, June 16, 2013

Al Kisah - Syiah dan Selipar yang Di kepit......

Iran

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.




Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat berbanding Ulama' Sunnah yang lain2.



Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.



Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"



Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"



Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."



Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?

Ringkas namun jelas penerangan yang diberi oleh Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat mengenai Syiah.

Allahyarham Ahmad deedat
Allahyarham Syeikh Ahmed Deedat 

MasterJhee : Suatu hari nanti MasterJhee akan mengulas mengenai Ahmed Deedat... Di mana MasterJhee lebih kagum daripada anak didikya.. Zakir Naik..... (MasterJhee pernah bekerjasama dengan Team Zakir Naik ketika datang ke Malaysia Tahun Lepas...Hmmmm...)




Saturday, June 15, 2013

Cristiano Ronaldo Kembali Ke MU - Atok Fergie Memujuk...

Pengurusan Red Devil Cuba Menggunakan Pujukan Ajaib Sir Alex Ferguson Untuk Memastikan Cristiano Ronaldo Kembali Ke Manchester United.


Cristiano Ronaldo



LONDON - Manchester United akan menggunakan pengaruh besar bekas pengurusnya, Alex Ferguson untuk membawa pulang Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid.

Difahamkan, bintang Real itu kecewa apabila pengurus berusia 71 tahun itu bersara pada penghujung musim lalu.

Ronaldo

Antara tarikan utama pemain Portugal itu untuk kembali ke pangkuan United ialah untuk bekerjasama dengan Ferguson yang lebih terserlah pendekatan seorang bapa.

United percaya pengaruh kuat Ferguson mampu membantu kelab itu mendapatkan semula Ronaldo. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20130615/sl_08/United-guna-Ferguson-pujuk-Ronaldo#ixzz2WFI2Jkzy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wayne Rooney

MasterJhee : Hmm.. Wayne Rooney pun dah tak berapa mengancam.... Harapkan RVP jer.. Kalau CR masuk balik MU... Agaknya Macamana Yer..... MU dibawah pimpinan David Moyes..... Tunggu & Lihat....

RVP

RVP...................

KAERITAKUNAI NA - Jawapan Wan Zack Haikal Kepada Pengkhianat Sukan..

Jepun

Kaeritakunai na - Saya Tak Mahu Balik Rumah......


Pemain Muda Kelab Divisyen Tiga, FC Ryuku akhirnya tampil memberitahu bahawa dia tidak akan pulang. Harapnya, ia bukan statement biasa yang diberikan oleh pemain lain yang berada di luar negara. Cakap berdegar, akhirnya pulang juga ke Tanahair. 

Wan Zack Haikal

Pelbagai peluang telah diberi... Pokok Pangkalnya, Individu itu sendiri... Apakah tujuan utama pemain diberi pendedahan di Luar Negara.. Pengalaman atau Wang atau Mmmmmmmm?

Japan

Kalau dah selalu Jadi Begini, Pihak yang Bertanggungjawab haruslah menilai kembali Calon-Calon yang perlu dihantar ke Sana.. Kecewa bukan lah Jawapannya.. Seperti Kata Jurulatih OKS yang kecewa dengan perkara yang terjadi.. Usaha punca segala Kejayaan... Masih ada lagi bakat-bakat yang perlu diberi Peluang... Kalau kita senang mengalah... Sampai Bila pun kita tak akan Maju dalam Arena Bolasepak Kita..

 Pada Pasukan Tempatan yang Ingin Membeli Wan Zack haikal, MasterJhee anggap sebagai Pengkhianat Sukan... Banyak lagi Bakat baru yang boleh diketengahkan... Jangan Jadi Malas....Ok.....

MasterJhee : Hantar Ramai Lagi Pemain yang Berbakat ke Luar Negara... kalau boleh biar pemain yang muda... bawah 15 ker.... Kalau setakat 2 atau 3 orang, berbaloi ker???

Jersey
Malaysia Boleh!!!

Artikel Paling Popular