Tuesday, May 21, 2013

Punca Kemasukan Bangla???

Gambar Hiasan


Bangla

Layan Video Ni Sekejap...


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Masterjhee : Akhirnya Siapa yang Gigit Jari ! Anwar ? Penyokongnya ? Mahasewel ? Hmmmmm.....

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular